ASBABUN NUZUL
Diriwayat oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari Utsman dan ibnu 'Umar bahawa 'Utsman dan Ibnu 'Umar berkata : " Masih segar terngiang di telinga kami bahawa ayat ini (al-Humazah : 1-2) turun berkenaan dengan Ubay bin Khalaf, seorang tokoh Quraisy yang kaya raya, yang selalu mengejek dan menghina Rasul dengan kekayaannya."
Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim yang bersumber dari as-Suddi bahawa ayat ini (al-Humazah 1-3) turun berkenaan dengan al-Akhnas bin Syariq yang selalu mengejek dan mengumpat orang.
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari seorang suku Riqqah bahawa ayat ini (al-Humazah:1-3) turun berkenaan dengan Jamil bin 'Amir al Jumhi, seorang tokoh musyrik yang selalu mengejek dan menghina orang.
Diriwayat oleh Ibnul Mundzir yang bersumber dari Ibnu Ishaq bahawa Umayyah bin Khalaf selalu mencela dan menghina Rasulullah apabila berjumpa dengannya. Maka Allah menurunkan ayat ini (al-Humazah : 1-9) sebagai ancaman siksa yang sangat dahsyat terhadap orang-orang yang mempunyai anggapan dan berbuat seperti itu.
PESANAN SURAH AL-HUMAZAH
Surah ini berisi ancaman terhadap dua perbuatan yang dilakukan kerana tidak peduli dengan lingkungan sekitar iaitu :
- Mengumpat dan mencela orang lain
- Menumpuk harta
Allah telah memberikan banyak sekali kenikmatan dan kurnia kepada manusia. Tetapi kebanyakan manusia telah lupa bahawa semuanya berasal dari Allah. Mereka menganggap kurniaan tersebut adalah hasil dari usahanya sendiri. Sehingga mereka menjadi serakah dan tidak mahu membahagikan kepada orang lain dan menjadi orang yang sombong dan suka merendahkan orang lain. Padahal segala kurnia yang mereka perolehi terdapat hak atau bahagian orang lain didalamnya.
No comments:
Post a Comment